About Kohope Bhd.

Koperasi HOPE Berhad, No. Pendaftaran: 202171401150 (KoHOPE Berhad) ialah sebuah koperasi yang komited dalam pembangunan keusahawanan, pemerkasaan ekonomi komuniti dan potensi insan, melalui pendekatan strategik, holistik dan praktikal. KoHOPE berperanan sebagai rakan sokongan kepada agensi, organisasi dan individu bagi membina pertumbuhan yang lebih tersusun, fokus dan mampan.

Teras Kohope

Teras utama KoHOPE merangkumi tiga bidang utama

Pendidikan Keusahawanan & Pembangunan Perniagaan

Melalui program berstruktur, bimbingan dan latihan yang membentuk minda keusahawanan, keupayaan operasi, serta kelestarian jangka panjang.

Pendigitalan & Pemerkasaan Perniagaan (Enablement)

Merangkumi platform seperti HOPENiaga, yang membantu usahawan mengadaptasi perdagangan digital dan pembayaran tanpa tunai dengan pantas serta pada kos rendah.

Disiplin Kewangan & Penyelesaian Berasaskan Aset

 Seperti HopeGold, yang menggalakkan amalan simpanan berdisiplin, pemeliharaan kekayaan, dan ketahanan kewangan melalui pemilikan emas patuh Syariah.